Thursday 26 May 2016

Dakwaan Rasuah PKR Terhadap Kerajaan Selangor Hanya ‘Auta’ – Dr Salleh Said Keruak..sebarkan

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan dakwaan PKR mengenai perbuatan rasuah dalam kerajaan Selangor hanya suatu ‘auta’ oleh orang yang tiada kerja lain untuk dilakukan.

Beliau berkata, tidak sampai dua tahun, tuduhan mengenai rasuah baharu pula disuarakan setiausaha agung baharu PKR Rafizi Ramli terhadap kerajaan Selangor atau pemimpin dalam kerajaan negeri itu.

“Kita tengoklah nanti sama ada kali ini terdapat sebarang bukti dan sama ada bukti itu akhirnya membawa kepada pemimpin tertentu ditangkap dan dihantar ke penjara.

“Jika tidak, maka ini hanyalah satu lagi dakwaan palsu yang dibuat PKR dalam tempoh hampir 20 tahun terhadap musuh politiknya dan terhadap pemimpin sendiri yang ingin disingkirkannya.

“Kini sudah sampai ke satu peringkat iaitu sekiranya PKR atau mana-mana pemimpinnya membuat tuduhan rasuah terhadap seseorang, maka secara lebih kurang bolehlah kita ketepikan saja tuduhan itu kerana ia hanyalah satu lagi daripada sekian banyak auta yang dibuat oleh mereka yang tidak ada kerja lain yang lebih bermanfaat untuk mereka lakukan,” kata Salleh dalam catatan melalui blognya hari ini.

Beliau berkata tuduhan begitu heboh dalam PKR, termasuk tindakan bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor mencabar bekas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan enam kotak dokumen yang didakwa berisi bukti amalan rasuah oleh pegawai tinggi kerajaan seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 18 Ogos 2008.

Menurutnya, pada 1998, Anwar mengumumkan beliau mempunyai enam kotak bukti mengenai perbuatan rasuah yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan tokoh penting lain dalam kerajaan pimpinan Dr Mahathir.

“Selepas 10 tahun hingga 2008, tiada sehelai kertas pun pernah dikeluarkan, jauh sekalilah enam kotak atau malah satu kotak pun,” katanya.

Salleh berkata, lima tahun kemudian, PKR membuat dakwaan rasuah terhadap Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, melalui setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail, yang menunjukkan kepada orang ramai satu fail tebal yang kononnya mengandungi bukti terhadap Khalid.

Katanya, Khalid terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar dan menyaman Saifuddin, yang kemudian menarik balik tuduhan itu dan memohon maaf kepadanya.

Bagaimanapun, Khalid tidak dikembalikan kedudukannya sebagai Menteri Besar

No comments:

Post a Comment