Kemelut yang melanda PAS hari ini sememangnya agak meruncing dan sekaligus memeningkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din.
Manakan tidak, walaupun sudah diingatkan tentang sumpah bai’ah yang dilafazkan sewaktu menerima watikah perlantikan menjadi calon PAS, mereka tetap melanggarinya.
Tindakan dua Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta Ramli yang meninggalkan PAS untuk menyertai PKR dan PAN bukan sahaja melibatkan keutuhan parti, tetapi juga meruntuhkan rumah tangga mereka setelah melanggari sumpah bai’ah yang menceraikan isteri masing-masing dengan talak 3 andai meninggalkan parti dalam tempoh berkhidmat sebagai Ahli Parlimen PAS.
Bayangkan, suara Mursyidul Am PAS sendiri mereka tidak endahkan hanya semata-mata mengejar kedudukan individu didalam parti yang pernah bersekutu dengan PAS dan parti baru yang ditubuhkan oleeh orang-orang yang kecewa didalam PAS.
Namun begitu, tindakan mereka ini jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, ianya memberi kelebihan tersendiri didalam PAS. Manakan tidak, PAS ditubuhkan bagi memperjuangkan agama Islam di bumi Malaysia oleh kumpulan ulama.
Namun begitu, dasar tebuka PAS yang menerima mereka yang mahu menumbangkan Barisan Nasional dan UMNO jelas menjadikan parti itu sedikit rojak sehingga mewujudkan dua kumpulan utama iaitu pro ulama dan pro profesional yang lebih liberal berbanding pro ulama.
Muktamar PAS kali ke 60 di Kuala Selangor telah menyerlahkan perpecahan dalaman yang melanda PAS sejak hampir 7 tahun lalu. Suara profesional jelas cuba mengambil alih barisan kepimpinan PAS sehingga ada yang sanggup menentang Presidennya sendiri.
Kemuncak daripada rasa kecewa penolakan mereka yang pro ulam terhadap pro profesional PAS, setelah dibayangi kewujudan PasMA sejak sekian lama, akhirnya, bekas Naib Presiden PAS, Mohamed Sabu bertindak menikam PAS dari belakng dengan menerima tajaan berjuta ringgit daripada DAP untuk mewujudkan parti baru dan sekaligus menambahkan lagi perpecahan dikalangan orang Melayu.
Ini sekaligus menjadikan PAS semakin hari semakin lemah dengan asakan dan godaan wang dan pangkat didalam Parti Amanah Negara.
Namun begitu, menurut Datuk Harun Din, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. PAS hari ini dilihat semakin utuh dengan mereka yang kekal menyokong perjuangan ulama dilihat menyatakan sokongan penuh terhadap barisan kepimpinan tertinggi PAS.
Ini sekaligus membawa kekuatan asal sewaktu penubuhan PAS kian terserlah ditambah pula kesediaan Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong sebarang draf perlaksanaan hukum hudud, bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh negara, sesuatu yang paling tidak digemari oleh DAP dan menjadi alasan penolakan ahli PAN terhadap PAS.
Mungkin hari ini PAS agak tertekan dengan sikap beberapa Ahli Parlimen dan ADUNnya yang memilih meninggalkan parti, namun bagi hampir sejuta ahli PAS, ianya petanda baik kebangkitan pro ulama yang akan kekal menerajui PAS untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.
No comments:
Post a Comment