DUNGUN: Peminat-peminat futsal di sekitar Dungun dipelawa untuk mengambil bahagian pada Kejohanan Futsal padang yang akan diadakan pada 10/10/2015 sempena hari Sukan Negara.
Kejohanan futsal padang diadakan itu dianjurkan oleh Kelab Sukan daerah Dungun dengan kerjasama UMNO Pemuda Bahagian Dungun.
Penganjuran kejohanan bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam arena sukan futsal padang di samping sebagai satu aktiviti menyambut hari Sukan Negara .
Hadiah-hadiah menarik berupa wang tunai untuk empat tempat teratas, medal juga bakal menanti pemenang.
Borang penyertaan boleh didapati di pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun.
Dunguntimes mewakili Pemuda UMNO Bahagian Dungun dan Pejabat Belia Daerah Dungun mengucap selamat Hari Sukan Negara.
#jom main futsal
No comments:
Post a Comment