DUNGUN – Sebanyak 30 buah kenderaan pacuan empat roda yang mewakili pelbagai agensi dan jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam program Kembara Merdeka Jalur Gemilang pada tahun 2015.
Program kembara merdeka sempena Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Dungun dianjurkan bagi memberi kesedaran di kalangan masyarakat khususnya di kawasan Dungun agar menghayati bulan kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kediaman masing-masing.
Tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini “Malaysia Sehati Sejiwa” yang membawa mesej keamanan dan keharmonian perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama. “Kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda terima kasih di atas usaha kerajaan mengekalkan dan mempertahankan kedaulatan Malaysia,” Dunguntimes berharap program ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. – SayangiDungun
No comments:
Post a Comment