Parti Amanah Negara (PAN) sedia bekerjasama dengan PAS sekiranya parti Islam itu menyertai pakatan pembangkang yang baharu. Naib Pengerusi PAN, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan untuk bekerjasama dengan PAS, selagi parti Islam itu memenuhi kerangka penubuhan pakatan pembangkang yang baharu.
“Kita akan bekerjasama dengan semua pihak yang berminat, termasuk PAS, sekiranya mereka menganggotai Pakatan Rakyat 2.0 nanti,” katanya pada sidang media pelancaran PAN peringkat Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Pada majlis sama, Mujahid yang juga Pengerusi PAN negeri, mengumumkan sekurang-kurangnya 56 kepimpinan PAS dari lima kawasan menyertai jawatankuasa penaja berkenaan. Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi PAN negeri, Taufek Abd Rahman dan Naib Pengerusi PAN negeri, Sikandar Aman.
No comments:
Post a Comment