Saturday, 26 September 2015

Kemenangan semasa PRU lepas dalam Pakatan Harapan adalah tanpa bantuan PAS

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong sebaliknya berkata, hujah kononnya Pakatan Harapan akan berdepan kesukaran tanpa PAS merupakan pandangan yang tersasar.

“Pandangan yang tersasar apabila memperkatakan tidak praktikal tidak memasukkan PAS dalam Pakatan Harapan untuk meraih pengundi Melayu.

“Kita tidak harus lupa bahawa tanpa golongan progresif (dalam PAS), PAS tidak mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan pengundi Melayu bandar apatah lagi pengundi bukan Melayu,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Pemilihan PAS pada Jun lalu menyaksikan pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat yang dijulang sebagai puak Islam progresif oleh DAP disingkirkan daripada parti itu.

Pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat itu kemudiannya menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) untuk bersaing dengan PAS sebagai sebuah parti Islam.

PAN turut menyertai gabungan baharu pembangkang iaitu Pakatan Harapan yang dianggotai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam usaha merampas kerajaan Persekutuan.

Chin Tong turut menjelaskan, terdapat kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DU) yang kini dikuasai PAS sebenarnya sukar dimenangi parti itu tanpa golongan Islam progresif.

Justeru, katanya, Pakatan Harapan perlu menyakinkan pengundi Melayu terutama di kawasan bandar bahawa pembangkang akan menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik berbanding UMNO jika menang pilihan raya umum.

“Sebenarnya (kemenangan pembangkang) tiada kena mengena dengan PAS,” katanya. – mynewshub.cc

Saiful nang dengan bongkaknya kekal mendakwa bahawa Tanah Suci Mekah ada sarang pelacuran. Nauzubillah!

Beliau yang mencari sesuap makan dengan memikul kamera ke hulu dan ke hilir serta menjual baju tshirt yang tertera perkataan sindiran dan hinaan terhadap orang lain, adalah tidak memeranjatkan apabila beliau dengan bongkaknya kekal mendakwa bahawa Tanah Suci Mekah ada sarang pelacuran. Nauzubillah!

Semalam 100% warga netizen meludah beliau yang begitu sombong mendakwa wujudnya rumah pelacur di Tanah Haramain atau Tanah Suci Mekah. Benarkah sandaran bukti beliau memadai dengan sumber pemandu teksi suku Badwi?

Kalau benar dakwaan dan beliau percayakan apa yang didengar dari pemandu teksi tersebut, sekurangnya Saiful Nang buktikan dengan foto yang beliau ambil di tempat yang beliau dakwa sarang pelacuran tersebut. Beliau adalah jurugambar tersohor dalam industri nikah kahwin vip dan artis, mustahil tiada sebarang kamera bersamanya? Paling tidak gunakanlah kamera dari telefon bimbit.

Kejohanan Futsal padang yang akan diadakan pada 10/10/2015 sempena hari Sukan Negara.

DUNGUN: Peminat-peminat futsal di sekitar Dungun dipelawa untuk mengambil bahagian pada Kejohanan Futsal padang yang akan diadakan pada 10/10/2015 sempena hari Sukan Negara.

Kejohanan futsal padang diadakan itu dianjurkan oleh  Kelab Sukan daerah Dungun dengan kerjasama UMNO Pemuda Bahagian Dungun.

Penganjuran kejohanan bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam arena sukan futsal padang di samping sebagai satu aktiviti menyambut hari Sukan Negara  .

Hadiah-hadiah menarik berupa wang tunai untuk empat tempat teratas, medal juga bakal menanti pemenang.

Borang penyertaan boleh didapati di pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun.

Dunguntimes mewakili Pemuda UMNO Bahagian Dungun dan Pejabat Belia Daerah Dungun mengucap selamat Hari Sukan Negara.

#jom main futsal

Monday, 14 September 2015

Parti Amanah Negara (PAN) sedia bekerjasama dengan PAS sekiranya parti Islam itu menyertai pakatan pembangkang yang baharu.

Parti Amanah Negara (PAN) sedia bekerjasama dengan PAS sekiranya parti Islam itu menyertai pakatan pembangkang yang baharu. Naib Pengerusi PAN, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan untuk bekerjasama dengan PAS, selagi parti Islam itu memenuhi kerangka penubuhan pakatan pembangkang yang baharu.

“Kita akan bekerjasama dengan semua pihak yang berminat, termasuk PAS, sekiranya mereka menganggotai Pakatan Rakyat 2.0 nanti,” katanya pada sidang media pelancaran PAN peringkat Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Mujahid yang juga Pengerusi PAN negeri, mengumumkan sekurang-kurangnya 56 kepimpinan PAS dari lima kawasan menyertai jawatankuasa penaja berkenaan. Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi PAN negeri, Taufek Abd Rahman dan Naib Pengerusi PAN negeri, Sikandar Aman.

Perhimpunan aman ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ yang dijangka berlangsung Rabu ini diteruskan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan aman ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ yang dijangka berlangsung Rabu ini, boleh diteruskan, namun perlu mematuhi undang-undang.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pendirian itu dibuat selepas menilai pelbagai pendapat daripada semua komponen parti terhadap penganjuran perhimpunan aman itu.

“Kita telah bincang perkara ini secara panjang lebar di mana parti komponen BN telah memberi banyak pendapat dan kita bersetuju untuk tidak bersetuju (we agree to disagree) atas pendirian yang dibentangkan.

“Ada yang melahirkan kebimbangan dan ada yang tidak setuju dan yang berpendapat kata 16 Sept hari yang bukan hari yang sesuai. Saya sebagai Pengerusi BN menghormati pandangan yang disampaikan rakan kita dalam BN,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu, yang pertama diadakan sejak rombakan kabinet pada 28 Julai lepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ di Padang
Merbok.

Najib, bagaimanapun berkata sekiranya perhimpunan itu diadakan, ia mestilah mematuhi segala undang-undang sedia ada serta mendapat kelulusan tempat oleh pihak berkuasa selain mematuhi arahan polis.

“…semua undang-undang negara mesti dipatuhi termasuk undang-undang Akta Hasutan dan bentuk poster mesti tidak berbaur perkauman dan menimbulkan isu-isu yang danggap hasutan dan perkauman,” katanya.

Beliau turut mengingatkan perhimpunan itu seharusnya mengelak pergeseran dan perbalahan yang boleh menggugat keamanan berikutan hari itu merupakan hari bersejarah penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963.

“Tidak boleh berlaku apa-apa pergeseran dan perbalahan. Polis akan memastikan kawalan ketat,” katanya, sambil menambah bahawa pada Rabu ini, beliau bersama pemimpin parti komponen BN akan berada di Kota Kinabalu, Sabah sempena sambutan Hari Malaysia.

Najib berkata semua pihak seharusnya menzahirkan semangat kekitaan dan menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah itu.

Mengenai situasi jerebu yang melanda negara ketika ini, Najib berkata kerajaan sudah mempunyai garis panduan berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan kerajaan akan bertindak berdasarkan situasi.

“Kita ada garis panduan bagi mengatasi peringkat tidak sihat dan sangat tidak sihat yang telah ditentukan. Apa-apa kita tunggu (jika ada) pengumuman yang akan dibuat,” katanya.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin tertinggi parti komponen BN.

Suara Mursyidul Am PAS sendiri mereka tidak endahkan hanya semata-mata mengejar kedudukan.

Kemelut yang melanda PAS hari ini sememangnya agak meruncing dan sekaligus memeningkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din.

Manakan tidak, walaupun sudah diingatkan tentang sumpah bai’ah yang dilafazkan sewaktu menerima watikah perlantikan menjadi calon PAS, mereka tetap melanggarinya.

Tindakan dua Ahli Parlimen PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta Ramli yang meninggalkan PAS untuk menyertai PKR dan PAN bukan sahaja melibatkan keutuhan parti, tetapi juga meruntuhkan rumah tangga mereka setelah melanggari sumpah bai’ah yang menceraikan isteri masing-masing dengan talak 3 andai meninggalkan parti dalam tempoh berkhidmat sebagai Ahli Parlimen PAS.

Bayangkan, suara Mursyidul Am PAS sendiri mereka tidak endahkan hanya semata-mata mengejar kedudukan individu didalam parti yang pernah bersekutu dengan PAS dan parti baru yang ditubuhkan oleeh orang-orang yang kecewa didalam PAS.

Namun begitu, tindakan mereka ini jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, ianya memberi kelebihan tersendiri didalam PAS. Manakan tidak, PAS ditubuhkan bagi memperjuangkan agama Islam di bumi Malaysia oleh kumpulan ulama.

Namun begitu, dasar tebuka PAS yang menerima mereka yang mahu menumbangkan Barisan Nasional dan UMNO jelas menjadikan parti itu sedikit rojak sehingga mewujudkan dua kumpulan utama iaitu pro ulama dan pro profesional yang lebih liberal berbanding pro ulama.

Muktamar PAS kali ke 60 di Kuala Selangor telah menyerlahkan perpecahan dalaman yang melanda PAS sejak hampir 7 tahun lalu. Suara profesional jelas cuba mengambil alih barisan kepimpinan PAS sehingga ada yang sanggup menentang Presidennya sendiri.

Kemuncak daripada rasa kecewa penolakan mereka yang pro ulam terhadap pro profesional PAS, setelah dibayangi kewujudan PasMA sejak sekian lama, akhirnya, bekas Naib Presiden PAS, Mohamed Sabu bertindak menikam PAS dari belakng dengan menerima tajaan berjuta ringgit daripada DAP untuk mewujudkan parti baru dan sekaligus menambahkan lagi perpecahan dikalangan orang Melayu.

Ini sekaligus menjadikan PAS semakin hari semakin lemah dengan asakan dan godaan wang dan pangkat didalam Parti Amanah Negara.

Namun begitu, menurut Datuk Harun Din, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. PAS hari ini dilihat semakin utuh dengan mereka yang kekal menyokong perjuangan ulama dilihat menyatakan sokongan penuh terhadap barisan kepimpinan tertinggi PAS.

Ini sekaligus membawa kekuatan asal sewaktu penubuhan PAS kian terserlah ditambah pula kesediaan Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong sebarang draf perlaksanaan hukum hudud, bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh negara, sesuatu yang paling tidak digemari oleh DAP dan menjadi alasan penolakan ahli PAN terhadap PAS.

Mungkin hari ini PAS agak tertekan dengan sikap beberapa Ahli Parlimen dan ADUNnya yang memilih meninggalkan parti, namun bagi hampir sejuta ahli PAS, ianya petanda baik kebangkitan pro ulama yang akan kekal menerajui PAS untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Sunday, 13 September 2015

Sebanyak 30 buah kenderaan pacuan empat roda yang mewakili pelbagai agensi dan jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam program Kembara Merdeka Jalur Gemilang pada tahun 2015.

DUNGUN – Sebanyak 30 buah kenderaan pacuan empat roda yang mewakili pelbagai agensi dan jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam program Kembara Merdeka Jalur Gemilang pada tahun 2015.

Program kembara merdeka sempena Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Dungun dianjurkan bagi memberi kesedaran di kalangan masyarakat khususnya di kawasan Dungun agar menghayati bulan kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kediaman masing-masing.

Tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini “Malaysia Sehati Sejiwa” yang membawa mesej keamanan dan keharmonian perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama. “Kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda terima kasih di atas usaha kerajaan mengekalkan dan mempertahankan kedaulatan Malaysia,” Dunguntimes berharap program ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. – SayangiDungun

Sunday, 6 September 2015

Parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat.

Bekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia sampai ke peringkat itu, kata pengerusinya Mohamad Sabu.

Ia akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak, katanya.

“Kami akan berunding dengan rakan dalam gabungan terlebih dahulu,” kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

“Kalau mereka kata ‘Tidak’, maka kami tidak akan menyokongnya,” katanya di Kuching, Sarawak hari ini ketika ditanya pihak media pendirian parti itu mengenai hudud.

Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan Amanah, kumpulan serpihan parti Islam PAS, di negeri itu hari ini.

Beliau berkata, pendirian parti itu mengenai hudud akan dibuat berdasarkan proses perundingan, pendekatan demokrasi dan peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan.

“Kami akan bincangkan dengan rakan kami. Kita tak boleh paksa hudud atas rakyat sekiranya majoriti mereka, Islam dan bukan Islam, tidak bersetuju dengannya.

“Dan kita tak boleh paksa pelaksanaannya sekiranya ia bertentangan dengan perlembagaan,” kata Mat Sabu.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun berkata, beliau tidak percaya rang undang-undang itu, yang cuba dibawa sebagai rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akan berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Hadi berusaha membentangkan rang undang-undang itu bagi membolehkan Kelantan, yang meluluskan enakmen jenayah Islam di Dewan Undangan Negeri pada Mac, melaksanakan hukuman hudud di negeri di bawah teraju PAS itu.

“Terlalu jauh dari realiti walaupun untuk bercakap mengenai kemungkinan mengundi untuknya. Ia masih belum melalui proses yang sewajarnya.

“Rang undang-undang itu masih dengan Speaker. Ia malah tidak dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk mereka membincangkannya.

“Raja-raja mempunyai bidang kuasa ke atas hal ehwal agama (Islam) dan mereka perlu menyokongnya,” kata Mujahid kepada perhimpunan di Kuching itu.

Beliau juga menyifatkan pembentangan rang undang-undang oleh Hadi itu sebagai “mengarut”, menggelarkannya “tipu helah politik Barisan Nasional (BN) untuk memecahkan Pakatan Rakyat (PR)”.

“Hadi ditipu. Beliau diperdaya untuk masuk dalam perangkap BN yang hendak memecahkan PR,” kata Mujahid, anak kepada salah seorang bekas presiden PAS terdahulu.

Gabungan pembangkang PR hancur awal tahun ini kerana isu hudud di Kelantan dan penolakan DAP terhadap cara unilateral Hadi dalam bertindak dan membuat keputusan.

PAS juga secara rasmi mengesahkan memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar agung tahunan parti itu pada Jun.

DAP sedari dulu menentang pelaksanaan undang-undang Islam itu dan menuduh PAS melanggar dasar rangka kerja yang dicapai PR pada 2011, di mana semua pihak dalam gabungan itu bersetuju hudud bukan agenda bersama.

Fidzuan Zaidi, bekas ahli exco PAS Sarawak, dipilih sebagai pengerusi Amanah di negeri itu.