Saturday, 28 May 2016

hukum hudud tidak pratikal. Sebarkan...

DAP mengulangi pendirian parti itu tidak bersetuju undang-undang Islam hudud dilaksanakan di mana-mana negeri di Malaysia.

Ketua Whip DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook berkata, hukum hudud tidak pratikal untuk dilaksanakan ke atas masyarakat negara ini.

“Pendirian DAP terhadap isu berkenaan dengan pelaksanaan hukum hudud adalah konsisten selama ini iaitu DAP tidak bersetuju di atas prinsip ia tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak pratikal dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

“Pendirian inilah yang kami pegang selama kami bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat dari tahun 2008 sehingga 2015,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendedahkan bahawa DAP merupakan sebuah parti yang tidak beradab dan memusuhi agama Islam.

Perkara itu terbukti dengan tindakan Ahli Parlimen DAP mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat semalam.

Siew Fook bagaimanapun mendakwa meskipun DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu Hudud selama ini tetapi pemimpin DAP kononnya tidak pernah memusuhi masyarakat Islam.

Beliau sebaliknya mendakwa, tindakan Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 bermotifkan politik.

“Tuduhan liar ini untuk memburuk-burukkan imej DAP dalam kalangan masyarakat Islam dan nampaknya kini PAS bersekongkol dengan UMNO,” dakwanya.

No comments:

Post a Comment