Tindakan biadab Zuan Azmi atau lebih dikenali Zuan Bikin Panas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah memasuki episod baru.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, nama Zuan telah digugurkan dari sidang produksi Melodi. Menurut sumber itu lagi, sidang produksi Melodi tidak dapat memaafkan Zuan untuk kali kedua berikutan kesalahan yang dilakukan oleh beliau kali ini begitu serius.
Malah menurut sumber, Media Prima Berhad, syarikat yang menaungi Zuan Azmi selama ini juga sedang mempertimbangkan untuk menggantung kerjaya Zuan berikutan kesalahan yang dilakukan baru-baru ini.
Tegas Media Prima, apa yang dilakukan oleh Zuan jelas mendatangkan aib kepada mereka dan sekaligus mencalar imej Media Prima selaku penerajui industri media di Malaysia.
Jelas benar seperti kata orang tua-tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Tindakan tidak profesional beliau dengan memuat naik gambar mengaibkan Perdana Menteri sukar dimaafkan dan beliau seharusnya berfikir dengan matang sebelum melakukan kesalahan sebegini.
No comments:
Post a Comment